Kita hendak mengatur masa dengan baik yang pertama kita mestilah membahagikan masa iaitu sebagai contoh 5 jam dihadapan media sosial , 5 jam belajar , 5 jam berniaga , 5 jam untuk keluarga dan sebagainya . Selain itu , kita mestilah sediakan jadual iaitu apa yang kita patut buat hari ini dan seterusnya kurangkan pembaziran masa . Contohnya menghabiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah ataupun bermanfaat seperti seharian bermain game , menonton televisyen .
Itulah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan masa diuruskan dengan baik . Pengurusan masa yang baik itu bukan sahaja dapat memberi ketenangan kepada seseorang malah ia juga membantu seseorang untuk lebih berdisiplin dan menghargai setiap masa yang diberikan .