+19 votes
in Lain-lain by (10,170 points)
Adakah anda semua buat nota untuk belajar ataupun ada cara yang lebih efektif untuk kongsi?

2 Answers

+1 vote
by (440 points)

Ya, memang ada banyak cara untuk belajar. Tetapi efektif ataupun tidak adalah berbeza mengikut individu masing-masing. Cara terbaik untuk mengetahui kaedah belajar yang mana lebih berkesan ialah melalui cuba jaya atau dalam Bahasa Inggerisnya, trial and error. Dalam erti kata lain, anda digalakkan untuk mencuba setiap kaedah belajar yang ada dan mengujinya melalui soalan latihan. Tetapi perlu diingatkan, semasa proses cuba jaya hanya satu kaedah dicuba dalam satu-satu masa, jangan campur aduk kaedah belajar yang berlainan pada peringkat awal. Hanya apabila kesemua kaedah belajar telah dicuba dan dianalisis, barulah gabungkan mana-mana kaedah belajar yang anda rasa sepadan dengan diri anda. Pada peringkat kedua ini, anda juga digalakkan untuk mengubahsuai kaedah belajar mengikut kesesuaian subjek dan situasi anda. 

Antara cara belajar umum termasuklah:

  1. nota ringkas (bukan salin bulat-bulat) - dlm bentuk visual, peta minda, lukisan, flashcard
  2. tulis semula tanpa rujuk buku
  3. latih tubi
  4. ajar rakan
  5. nyanyi dan sebagainya

sekiranya ada salah dan silap, boleh nyatakan di ruang komen.

Sekian.

by (10,170 points)
Ribuan terima kasih
+1 vote
by (5,115 points)
Tidur awal , banggun awal ,semangat selalu
eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...