+4 votes
in Sekolah Rendah by (650 points)

1)Diberi suatu bulatan dan suatu sisiempat ABCD dengan kesemua bucunya terletak pada bulatan tersebut. Andaikan R titik tengah bagi lengkuk AB. Garis RC bersilang dengan garis AB pada titik S, dan garis RD bersilang dengan garis AB pada titik T.

Buktikan bahawa CDTS adalah suatu sisiempat kitaran.

Nota : Semua bucu bagi suatu sisiempat kitaran terletak pada suatu bulatan.

2)Diberi suatu integer n. Kita mengubah kedudukan digit-digit bagi n untuk memperoleh suatu nombor m.

Buktikan bahawa adalah mustahil untuk memperoleh m+n = 999999999

Please log in or register to answer this question.

eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...