+30 votes
in Lain-lain by (1,020 points)
by (140 points)
-Mendapatkan bantuan dengan secepat mungkin; mendapatkan pemeriksaan daripada ahli psikologi.

-Memberitahu masalah kepada keluarga dan rakan yang terdekat serta menerima bantuan mereka.

-Mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berunsur positif.

-Melakukan senaman untuk meringankan bebanan.

-Melibatkan diri dalam aktiviti, jangan elakkan berkomunikasi dengan orang lain. Menjalinkan perhubungan yang erat dengan ahli keluarga dan kawan.

-Berbincang dengan doktor yang berkenaan terhadap masalah yang dihadapi.

-Setelah memahami masalah, digalakkan menetapkan matlamat dan jangan sesekali menolak tanggungjawab.

-Pembahagian tugasan haruslah dijalankan untuk memudahkan kerja

-Percaya bahawa masalah kemurungan ini akan beransur-ansur dibaikpulihkan

-Membuat keputusan yang penting seperti mengenai perkahwinan, penceraian, pertukaran kerja, perletakan jawatan, berhenti sekolah selepas menyelesaikan masalah kemurungan. Anda haruslah mendapatkan rawatan jika mengalami kemurungan, adalah digalakkan untuk membuat keputusan selepas keadaan berpulih baik.

-Dapatkan tidur secukupnya.
Kekurangan tidur boleh memburukkan lagi keadaan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan pusat emosi dalam otak menjadi 60% lebih reaktif. Jadi, carilah masa untuk berehat. Melelapkan mata walau sepuluh minit sekalipun dapat menceriakan anda.

-Bercakap dengan suami.
Jangan malu untuk berkongsi perasaan anda dengan suami. Bila anda berkongsi apa yang anda rasakan, anda akan merasa kurang tertekan. Malah, anda boleh menyertai kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan boleh membantu anda menangani perasaan tertekan dan meluahkan perasaan dan emosi anda dalam suasana yang berpendidikan dan sentiasa memberi sokongan.
by (140 points)
Jangan banyak fikir masalah dan ingat tuhan

9 Answers

+2 votes
by (10,275 points)
Banyakkan beriabadah, jauhkan diri dari orang2 toksik, buat aktiviti2 yg menarik spt berbasikal, menyanyi, melukis. Jgn pendam, luahkan kpd org yg kamu percaya spt parents
by (900 points)
Dulu saya rajin meluah tapi sekrg saya lebih suka pendam. Bila saya meluahkan dikatakan saya tiada iman. Keluarga saya pun tak ambil berat tentang saya. Masa saya sakit masuk hospital saya yang hadap semua sorangĀ²,minta tolong keluarga hantar pun dorang tak nak. Saya pernah cuba untuk bunuh diri,saya juga pernah jumpa doktor  biasa diklinik dan dia kata saya kena jumpa pakar spikiatri. Tapi bila mood saya okay saya akan rasa diri saya okay sangat,saya rasa diri saya ni sihat. Sekarang saya banyak pendam dan menangis sorang2. Saya ada hobi saya suka edit gambar edit video,main game tapi sekarang saya dah tak minat nak buat semua tu. Saya rasa kosong,saya rasa mcm mati lebih baik. Saya rasa saya ni tak layak untuk sesiap. Saya rasa mcm pembawa malang. Sekarang ni saya lalui jer apa yg Allah takdirkan untuk saya. Bila depression dan anxiety tu datang attack saya akan sakitkn diri saya.
0 votes
by (430 points)
Jaga makan, cuba buang tepung gandun dengn gula, try kekal selama sebulan
0 votes
by (3,850 points)
tidur cukup

pilih kawan yng btul
0 votes
by (1,175 points)
Jangan banyak fikir masalah dan ingat tuhan
0 votes
by (1,085 points)
Selalu isgtifar dan selwat atas baginda nabi muhammad swt
0 votes
by (-110 points)
pergi memancing
0 votes
by (305 points)
Buat perkara yg awak suka dan amik cuti supaya pemikiran awak tenang dan x overthinking
0 votes
by (140 points)
-Sentiasa bersikap positif dan bertenang.

-Amalkan gaya hidup sihat.

-Sertai aktiviti yang membuat kita rasa gembira seperti bersenam, menonton wayang atau sertai aktiviti sosial atau keagamaan.

-Urus rutin harian dengan melakukan jadual dan cuba sebaik mungkin untuk patuhi. Rancang dan beri keutamaan kepada tugas yang penting terlebih dahulu.
0 votes
by (515 points)
saya tahu bukan mudah untuk menghadapi tapi kita kena kuat untuk mengikuti segala cubaan yg datang dan paling penting sekarang utamakan diri sendiri sebelum org lain
eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...