1. Fahamkan konsep sesuatu topik
Bio ialan subjek yg menghafal tp kalau hafal2 je tp x fhm konsep sia2 je sbb nnti senang lupa, kalau fhm konsep insyallah akan lekat dlm kepala
2. Belajar melalui rajah
Drpd pengalaman saya, bio ni jd lg menarik bila ada gambar, sbb kita lebih senang fhm drpd kena baca ayt2 yg panjang dan memeningkan.
3. Aplikasikan dalam kehidupan seharian
Salah satu kelebihan belajar biologi adalah banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. So lebih mudah untuk study sebenarnya. Cuba gunakan konsep dan istilah biologi dalam perbualan seharian (tapi janganlah gunakan istilah yang terlalu complicated nnti org x phm). Kamu juga blh kaitkan setiap pergerakan yg kamu lakukan dgn bio. Cth, bila tarik nafas, sangkar rusuk akan ke dpn n lain2. So dia jd lebih menarik
4. Baca nota banyak kali
Pelajar yang ambik biologi sememangnya tak dapat "lari" dari membaca. Rahsia utama untuk score subjek biologi is baca nota berulang-ulang kali. Sebenarnya, lebih mudah untuk faham dan ingat apabila kita membaca perkara yang sama berkali-kali. So jgn malas!! Bio perlukan kerajinan tahap tinggi
5. Belajar melalui audio/video
Bagi yang kurang minat membaca atau selalu rasa mengantuk apabila membaca, boleh cuba belajar melalui audio/video. Sekarang banyak audio/video pembelajaran boleh diakses secara atas talian. Boleh cari kat YouTube atau Google. Tp kena pastikan isi kandungan audio/video tersebut selaras dengan silibus SPM.
Itu saje dari saya, fighting!!