1. Kacang lupakan kulit
Orang yang lupa asal-usulnya atau orang yang tidak mengenang budi.
2. Belanda minta tanah
Seseorang yang sudah mendapat sesuatu tetapi masih tidak bersyukur dan mahu lebih lagi.
3. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Jangan terlalu mengejar sesuatu yang baru dan meninggalkan yang lama kerana yang lama mungkin lebih baik.
4. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Sikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
5. Bila dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Setelah mendapat sesuatu yang lebih baik, sesuatu yang lama terus ditinggalkan