0 votes
ago in Sekolah Menengah Atas (SPM) by (120 points)

1 Answer

0 votes
ago by (180 points)

Cara paling mudah ialah lihat fungsi perkataan itu dalam ayat.

  1. Kata bantu: membantu kata kerja / kata adjektif, menunjukkan masa atau ragam sesuatu perbuatan. 

​​​​​​​Contoh kata bantu:​​​​​​​

  • Sudah
  • Telah
  • Akan
  • Sedang
  • Masih
  • Boleh
  • Mesti
  • Hendak

Contoh ayat:

  • Ali sedang belajar.
  • Saya akan pergi ke sekolah.
  • Dia boleh berenang.

yes  Kata bantu biasanya berada di hadapan kata kerja atau kata adjektif.

                                                                             2.Kata hubung: menghubungkan perkataan, frasa, klausa atau ayat. 

Contoh kata hubung:

  • Dan
  • Atau
  • Tetapi
  • Kerana
  • Supaya
  • Walaupun
  • Jika
  • Sambil
Contoh ayat:
  • Ali dan Abu berkawan.
  • Saya tidak hadir kerana demam.
  • Dia belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya.

yes​​​​​​​ Kata hubung berfungsi menyambungkan dua bahagian ayat.

enlightenedTip mudah ingat!

  • Kata bantu = bantu perbuatan atau keadaan
  • Kata hubung = hubungkan dua bahagian ayat

 

eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...