+20 votes
in Sekolah Menengah Atas (SPM) by (985 points)
by (240 points)
edited by
Fokus apabila guru mengajar.

Banyakkan buat latihan. Bincang dengan kawan.

Fahamkan apa yg dipelajari.
by (240 points)
Setuju

7 Answers

+1 vote
by (1,335 points)
So basically nak dapat A+, kita kena faham apa yang kita belajar bukan hafal tau. Sebab kalau kita faham apa yang kita belajar, so bila ujian kita dapat jawab kehendak soalan sebab kita dah tau apa yang dia minta. Tambahan lagi kita dapat jawab dgn ayat kita sendiri.

Selain dari tu juga, kita kena selalu rujuk dengan cikgu tentang topik yang kita tak faham supaya kita tak tersekat pada bahagian tu je.

Paling penting tidur kena cukup, so kalau nak study pagi pagi tu kita tak lah penat sangat dan tertekan.
+1 vote
by (280 points)
Pada masa yang sama, kebanyakan pelajar juga menyatakan bahawa kertas 2 Sejarah merupakan penyebab utama yang menyebabkan pelajar ditinggalkan daripada kategori A kerana pelajar tidak dapat mengingat kesemua-semua isi dengan efisien. Keadaan ini disebabkan ketidakupayaan pelajar dalam memilih isi-isi yang penting semasa mengulang kaji Sejarah.

Bagi mengatasi masalah ini, pelajar seharusnya memaham dan menghafal maksimum 5 isi penting sahaja kerana pelajar akan berasa keliru apabila mereka menghafal kesemua isi penting. Akhirnya, pelajar tidak dapat mengingat dan menjawab soalan Sejarah dengan baik.
+1 vote
by (430 points)
Pada pendapat saya,sedikit nasihat boleh diberikan dan harap dapat bantu.Antaranya,buat nota sendiri,tak perlulah nota yang terlalu teliti,tulis titik berat saja.

Sementelahan itu,buatlah latihan yang banyak untuk faham pelbagai bentuk soalan.Buku latihan sasbadi saya sentiasa ambilkan.

Seterusnya,jikalau muncul soalan yang tak faham,tanya orang sekeliling seperti guru-guru,murid-murid,ibu bapa dan sebagainya kerana bak kata mutiara merendahkan diri untuk meminta nasihat dari siapa sekalipun.

Selanjutnya,jika nak dapat maklumat tambahan,bolehlah menyertai kelas tambahan.Hal ini kerana guru kelas tambahan sentiasa memberikan tips.

Akhirulkalam,usaha tangga kejayaan,kita seyogialah berusaha lagi tetapi juga nak ambil rehat yang cukup.
0 votes
by (2,525 points)
Untuk skor sejarah, setiap topik perlu difahami secara lengkap. Buku teks Sejarah tak tebal pun, nak skor pun senang la sebenarnya

Kalau anda tak suka baca buku, tonton je video kat Youtube atau baca slaid yang dihasilkan KPM. Selepas membaca sesuatu topik, buatlah latihan dan ujian sendiri.
0 votes
by (140 points)
Kalau ada masalah mesti tanya cikgu ,fokus belajar,buat banyak latihan
0 votes
by (5,460 points)
1. Fokus dalam kelas

2. Banyakkan buat latihan

3. Rajinkan diri untuk membaca atau membuat nota ringkas
0 votes
by (3,510 points)
Focus dalam kelas, Hafal points setiap kejadian/peristiwa/info macam siapa, apa, kenapa, kesimpulan. Buat banyak latihan paper 1, sebab paper 1 sangat membantu untuk paper 1 and paper 2(Bahagian A). Selalu revise balik secara aktif so tak lupa apa yang dah belajar.
eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...