eTanya ialah laman tutorial percuma di mana pelajar boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah.
Mata bonus eTanya boleh digunakan untuk menebus hadiah dan fungsi berbayar aplikasi berikut secara percuma:
- Pen eKamus - belajar Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Korea dan lebih 100 bahasa lain dengan pantas melalui imbasan atau percakapan sahaja
Cara Mengumpul Mata
1) Menanya dan menjawab soalan di eTanya
2) Menjawab kuiz harian di aplikasi eKamus Peribahasa
Setiap hari terdapat 5 soalan. 10 mata akan diberikan untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
Cara Menebus Hadiah
Setelah anda mengumpul mata yang mencukupi, anda boleh mengisi borang penebusan hadiah melalui pautan berikut:
https://forms.gle/tNz3R5Af9LaAuscV6 (jangan isi borang jika mata anda tidak cukup)
Untuk menebus fungsi tambahan aplikasi, anda boleh log masuk ke akaun eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) dan menebus fungsi tambahan secara percuma.