+15 votes
in Lain-lain by (595 points)
closed by
Sebelum ni tak ada mahal macam ni kan? Sekarang perlu banyak duit untuk belajar kereta dan dapat tu lesen.

Juga kenapa tu auto lebih mahal dengan manual tu?
closed
by (100 points)
Sebab nak beli kereta auto dengan manual. Auto mahal lagi dari auto

2 Answers

0 votes
by (440 points)
selected by
 
Best answer
Benar, yuran belajar memandu kini lebih mahal berbanding yuran masa yang lalu. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan yuran tersebut, antaranya peningkatan kos sara hidup secara keseluruhan akibat daripada kemelesetan ekonomi. Misalnya, peningkatan harga petrol dan penyelenggaraan kenderaan telah mendorong pihak pengajar memandu untuk menaikkan yuran belajar memandu. Juga tidak terkecuali, ada pihak pengajar yang tamak cuba menaikkan yuran secara melampau. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk cuba membandingkan yuran beberapa pengajar kenderaan dari sekolah memandu yang berlainan, supaya dapat mengelak daripada pengajar yang suka mengambil kesempatan dengan mengenakan yuran yang terlampau mahal.

Berkenaan dengan belajar memandu kereta auto yang jelas lebih mahal berbanding kereta manual, pada pendapat saya kerana kereta auto yang mudah dikawal ini sebenarnya lebih mahal di pasaran berbanding dengan kereta manual, disebabkan pihak pengajar perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk mendapatkan kereta auto yang mahal yang dijadikan sebagai alat mengajar, jadi sudah tentu yuran belajar kenderaan auto akan lebih tinggi daripada kenderaan manual.

Sekian.
by (100 points)
Saya tak dau
0 votes
by (1,910 points)
eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...