Benar, yuran belajar memandu kini lebih mahal berbanding yuran masa yang lalu. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan yuran tersebut, antaranya peningkatan kos sara hidup secara keseluruhan akibat daripada kemelesetan ekonomi. Misalnya, peningkatan harga petrol dan penyelenggaraan kenderaan telah mendorong pihak pengajar memandu untuk menaikkan yuran belajar memandu. Juga tidak terkecuali, ada pihak pengajar yang tamak cuba menaikkan yuran secara melampau. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk cuba membandingkan yuran beberapa pengajar kenderaan dari sekolah memandu yang berlainan, supaya dapat mengelak daripada pengajar yang suka mengambil kesempatan dengan mengenakan yuran yang terlampau mahal.
Berkenaan dengan belajar memandu kereta auto yang jelas lebih mahal berbanding kereta manual, pada pendapat saya kerana kereta auto yang mudah dikawal ini sebenarnya lebih mahal di pasaran berbanding dengan kereta manual, disebabkan pihak pengajar perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk mendapatkan kereta auto yang mahal yang dijadikan sebagai alat mengajar, jadi sudah tentu yuran belajar kenderaan auto akan lebih tinggi daripada kenderaan manual.
Sekian.