+4 votes
in Sekolah Menengah Atas (SPM) by (360 points)

1 Answer

0 votes
by (310 points)

Ayat gramatis bermaksud ayat yang bertatabahasa, iaitu ayat yang tidak ada kesalahan bahasa atau ejaan.

Sebagai contoh,

PASKAL menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang terbesar sekali dalam memikul misi negara.

Ayat yang di atas ini ialah ayat yang tidak bergramatis. Hal ini kerana “terbesar sekali” mempunyai unsur kelewahan. Perkataan yang betul ialah terbesar atau besar sekali.

Ayat yang bergramatis:

PASKAL menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang terbesar/besar sekali dalam memikul misi negara.

eTanya (dahulu dikenali sebagai Hi! Cikgu) ialah laman tutorial percuma di mana anda boleh menanya soalan dan mendapat jawapan mengenai pembelajaran, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, SPM, STPM atau tahap yang lain.
...