Ayat gramatis bermaksud ayat yang bertatabahasa, iaitu ayat yang tidak ada kesalahan bahasa atau ejaan.
Sebagai contoh,
PASKAL menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang terbesar sekali dalam memikul misi negara.
Ayat yang di atas ini ialah ayat yang tidak bergramatis. Hal ini kerana “terbesar sekali” mempunyai unsur kelewahan. Perkataan yang betul ialah terbesar atau besar sekali.
Ayat yang bergramatis:
PASKAL menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang terbesar/besar sekali dalam memikul misi negara.